Home Antarabangsa 15 orang awam terbunuh serangan udara di Syria

15 orang awam terbunuh serangan udara di Syria

SHARE

ALEPPO, 22 Rejab 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh kumpulan gabungan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) – menentang militan Daesh di Syria.

Memetik laporan portal PressTV sebagai berkata, serangan udara itu mensasarkan kawasan kediaman di bandar Albu Kamal di bahagian tenggara Dayr al-Zawr.

Katanya, kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan itu adalah wanita dan kanak-kanak.

Gabungan itu telah melancarkan serangan udara mensasarkan militan Daesh di Syria sejak September 2014 tanpa sebarang kebenaran daripada kerajaan Damsyik atau mandat PBB.

Gabungan itu berulang kali dituduh menyasarkan serangan untuk membunuh orang awam. Malah, serangan yang kononnya menentang Daesh itu dilihat tidak memenuhi matlamat menghapuskan militan tersebut.- Agensi

Comments