Home Antarabangsa 13 anggota keselamatan Afghanistan dibunuh

13 anggota keselamatan Afghanistan dibunuh

SHARE
ANGGOTA keselamatan Afghanistan di daerah Nad Ali, wilayah Helmand, Afghanistan. - Foto EPA

KABUL: Militan membunuh sekurang-kurangnya 13 anggota keselamatan Afghanistan dalam beberapa serangan berasingan.

Jurucakap gabenor wilayah Balkh, Munir Ahmad Farhad, berkata letupan bom tepi jalan mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan dan mencederakan beberapa lagi malam sebelum itu di Chimtal, lokasi mereka melancarkan operasi berterusan ke atas Taliban.

Katanya, lima pemberontak terbunuh dan puluhan lagi cedera. Sementara itu dalam kejadian berasingan, jurucakap gabenor Mohammad Reza Ghafori berkata, militan Daesh menyerang ibu pejabat daerah Darzab di wilayah Jawzjan malam semalam, dan pertempuran masih berterusan.

“Kami meminta pasukan bantuan selain bantuan udara untuk memerangi Daesh di sini,” katanya.

Empat anggota bantuan, termasuk komander unit, terbunuh dalam serangan hendap ketika bergegas ke lokasi pertempuran, katanya.

Taliban merampas beberapa daerah di seluruh negara, dan pertempuran dijangka memuncak ketika cuaca panas semakin dekat. – AP

Berita Harian

Comments