Home Tempatan 120,000 liter air sebulan untuk pelarian

120,000 liter air sebulan untuk pelarian

SHARE
Sekadar Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia Relief Agency (MRA) membekalkan 12,000 liter air sebulan untuk pelarian di Wilayah Ma’arib, Yaman.

Wilayah Ma’arib kini menjadi tumpuan pelarian kerana mempunyai kemudahan seperti perkhidmatan kesihatan dan air.

Keadaan itu juga menyebabkan pertambahan populasi di wilayah berkenaan, daripada 300,000 orang sebelum konflik kepada dua juta orang penduduk ketika ini.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata pasukan yang diwakili oleh Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin dan Koordinator Operasi Antarabangsa, Mohd Fadhil Baharudin, melaksanakan projek bantuan air di penempatan pelarian Muzium di Ma’arib, yang menempatkan seramai 300 orang penduduk.

“Pelarian di Muzium Ma’arib ini rata-ratanya berasal dari Wilayah Utara Sana’ah, yang telah melarikan diri sejak lapan bulan lalu akibat peperangan.

“Bangunan ini masih dalam pembinaan, tiada elektrik dan air serta berada dalam keadaan daif.

“MRA menyalurkan bekalan air bersih sebanyak 120,000 liter selama sebulan di penempatan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Daud berkata, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang kepada bantuan air rakyat Yaman, boleh menghubungi MRA di talian 03-9174 4672/ 013-3371672 atau layari laman sesawang www.mra.my.

Berita Harian

Comments