Home Antarabangsa 11 dipenjara serang masjid, harta awam di Iran

11 dipenjara serang masjid, harta awam di Iran

SHARE

TEHRAN: Sebelas anggota kumpulan pembangkang Iran yang dituduh menyerang masjid dan harta awam dipenjarakan sehingga enam tahun, lapor agensi berita IRNA semalam.

Timbalan Pendakwa Raya daerah Khorasan Razavi di timur laut Iran, Hassan Heidari, berkata 11 defendan termasuk wanita, juga disabitkan bersalah melakukan propaganda menentang sistem republik Islam.

Sebahagian daripada mereka juga didapati bersalah membakar dua masjid di bandar raya Masshad, lapor ISNA, menambah mereka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments