Home Antarabangsa 1,000 berkumpul protes lawatan Netanyahu ke Australia

1,000 berkumpul protes lawatan Netanyahu ke Australia

SHARE

SYDNEY, 27 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Kain rentang besar yang menggabungkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pemimpin Nazi, Hitler beserta tulisan ‘Fascist’ menyambut kehadiran pemimpin negara haram itu di Australia semalam.

Kira-kira 1,000 kumpulan pro-Palestin berdemonstrasi di Town Hall namun dikawal rapi oleh polis Sydney.

“Kami ingin menekan kerajaan Australia kerana bersekongkol dengan pembunuhan berterusan yang dilakukan oleh Israel.

“Kami di sini membantah sokongan Australia kepada Israel, sebuah negara apartheid dan fasis,” kata wakil Kumpulan Bertindak Palestin, Randa Abdel Fattah kepada media.

Netanyahu kini dalam lawatan beberapa hari ke negara kanggaru itu selepas mengunjungi Singapura.

Semalam, media juga melaporkan pesawat yang membawa Netanyahu terpaksa dilencongkan mengikut laluan yang lebih jauh daripada kebiasaan kerana dilarang memasuki ruang udara Indonesia. – Agensi

Comments