Home Antarabangsa 100 maut kesan gas toksik serangan udara di Idlib

100 maut kesan gas toksik serangan udara di Idlib

SHARE

IDLIB, 8 Rejab 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 100 orang termasuk kanak-kanak terbunuh ekoran serangan udara yang mengeluarkan gas toksik awal hari ini di sebuah bandar di barat laut Syria.

Menurut pegawai kesihatan Idlib, sekurang-kurangnya 400 orang cedera dalam serangan tersebut.

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, mereka yang terbunuh di bandar Khan Sheikhun di wilayah tengah Idlib, maut akibat lemas daripada kesan gas beracun itu.

Pembangkang Gabungan Kebangsaan Syria menuduh rejim Presiden Bashar al Assad bertanggungjawab atas serangan gas toksik itu dan menuntut kepada siasatan PBB.

“Gabungan Negara menuntut Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar…. buka siasatan segera dan mengambil langkah-langkah sewajarnya, memastikan pegawai, pelaku dan penyokong bertanggungjawab,” kata badan itu dalam satu kenyataan. – Agensi

Comments