Home Tempatan 10 negara pelajari kaedah urus jemaah haji dan umrah dengan Tabung Haji

10 negara pelajari kaedah urus jemaah haji dan umrah dengan Tabung Haji

SHARE

KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Tabung Haji telah menerima kunjungan 10 negara untuk mempelajari kaedah yang diguna pakai dalam menguruskan jemaah haji dan umrah.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Filipina sebagai contoh telah menghantar penasihat agama mereka untuk mempelajari kaedah yang diguna pakai pihak TH dalam menguruskan ibadah suci itu.

“Selain itu, India dan Bangladesh juga mahu bekerjasama dengan Tabung Haji untuk tujuan sama.

“InsyaAllah, kita akan berkongsi dan membantu negara-negara lain demi kebaikan ummah dan sejagat,” katanya dalam program temu bual Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan melalui saluran TV1 RTM semalam.

Sementara itu, Abdul Azeez memberitahu, penambahan kuota jemaah haji ini juga akan memberi kesan positif kepada tempoh menunggu menunaikan haji daripada 89 tahun kepada 50 tahun yang memberi manfaat kepada 2.5 juta orang yang telah mendaftar haji sebelum ini.

“Kita bercadang untuk membuat rayuan supaya diberikan penambahan kuota supaya dapat mencapai sasaran tempoh menunggu sehingga 50 tahun,” katanya.

Comments