Home Tempatan 10 cedera kena bunga api sambut ambang tahun baharu

10 cedera kena bunga api sambut ambang tahun baharu

SHARE
Keadaan menjadi kelam kabut tengah malam tadi apabila bunga api yang digunakan untuk pertunjukan meletup sebelum sempat ke udara. — Foto ihsan Facebook/Aznur Fara

PELABUHAN KLANG, 1 Jan — Keseronokan menyambut ambang tahun baharu di sini bertukar tragedi apabila kira-kira 10 orang dilaporkan cedera terkena letupan bunga api.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.10 tengah malam dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seramai lima mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“[Kami] sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian,” kata Mohd Sani Harul kepada Berita Harian.

Memetik laporan Harian Metro, Sani berkata tujuh mangsa melecur di kaki manakala tiga lagi dikejarkan ke HTAR.

Keadaan menjadi kelam kabut tengah malam tadi apabila bunga api yang digunakan untuk pertunjukan meletup sebelum sempat ke udara.

Kejadian di Kompleks Sukan Pandamaran itu menyebakan pengunjung yang hadir bertempiaran lari apabila bunga api itu meletup di permukaan tanah.

The Malay Mail Online

Comments